Sunday, February 16, 2014

Tukang urut lepas bersalin?

Hai.. Bunyi mcm dah tak sabar sangat je kan. Baru nak masuk 33 minggu dah sibuk fikir tukang urut. Ngeh ngeh.. Actually, takdelah tak sabar pun. Dah tiba masa untuk survey.. Sebab nnt dah sarat sangat (9 months n above) takut tak sempat booking. Skrang ni dah 8 bulan preggy pun da rasa tak larat.. Badan dah berattt sgt. Haha. Naik 17kg ok.. Bukan 7 bukan 10 tapi 17! Kikiki.. 

Masalahnye, sampai skrang aku tak jumpe yang sesuai,, dah bincang hal ni dgn mak, mak kata dia reti urut.. Tp faktor umur dia mungkin dia tak kuat mcm dulu.. and aku pun taknak bebankan beliau, cian dia nnt. Huu.. Sbb orang lepas bersalin ni urut seluruh badan, berjam jam.. Bukan mcm urut kat spa yg 1-2 jam tu. So kompem kena pakai banyak tenaga. While my MIL pulak suggest berurut kat kampung, situ ade bidan yg siap dgn jamu pakej bagai, rm200 je utk 3 hari. Murah ok! Tapi....... Kampung MIL jauh plak, and aku tak pasti lepas bersalin nnt mampu ke nak terus travel balik kg selama 3 jam. 

Orang kata, paling sesuai berurut if bersalin normal, day 3 dah kena start urut.. Lambat sgt takut angin penuh satu badan. Plus nnt luka kat bawah tu (hopefully tak teruk) takut tak baik cepat.. Naudzubillah. But if bersalin operate, maybe boleh start lepas hari ke 5 etc.. 
As for me, hari2 aku usap perut cakap kat baby nnt nak keluar dari perut mommy keluar baik2, secara normal.. Hee. Dan hari2 jugak berdoa kat Allah agar aku bersalin normal. Kite tak tau kan nasib kite, so kena banyak tawakal dan serah kat Allah, Dia lah sebaik-baik perancang. Aminnn.. 

Then, tentang nak berpantang.. Ramai dah tanye nak duk umah mak ke umah MIL? Ni satu lg plan yg aku buat dgn hubby secara senyap2. Hehe.. Aku actually plan nak berpantang kat umah aku sendiri je. Sebab membayangkan nanti lg selesa.. Bukanlah duduk rumah mak sendiri atau MIL tak selesa.. Tp mcm rumah my mom, kat Klang.. Ade tangga.. Bilik atas even ade aircond, tapi dapur kat bawah. Nak turun naik tangga banyak kali tu, tak tau la mampu ke tak nanti. Hehe.. Tambah plak cuaca kat Klang panas.. Kat ruang tamu rumah my mom slalu pasang kipas perlahan sbb dorang jenis cepat sejuk.. Mcm aku kat rumah sendiri, aku suke pasang kipas kuat2.. Kat ruang tamu je aku pasang dua2 kipas terbukak.. Kat bilik sendiri pun sama. Haha. Hubby dah faham sbb dia tau preggy mommy ni slalu rasa panas. Tak cayer? Aa cer la google sendiri. Hehe. Satu lg nanti nak selak2 baju utk menyusu senang. Tak rasa segan sebab rumah sendiri ade hubby je. Rumah mak atau MIL? Of course la semua ade. Nak menyusu kena duk bilik je.. Tak boleh selamba duk kat living room. Segan kot nanti.. Haha..

Kat kampung MIL pulak as i said earlier.. Kami akan balik kampung, tu memang rutin, tp utk stay berpantang genap 44 hari tu.. Tak kot. Tak sanggup berpisah ngn hubby even dpt jumpe weekly if duk kampung. Taknakkk.. Huuu
Ape pun, benda ni kena slowtalk ngn mereka orang2 tua kami jugak, kena mintak pendapat balik semula.. Sbb nak dapat restu dorang buat sesuatu tu penting ok. iA nnt nak dekat due baru decide balik. 

So back to d topic above, sampai skrang aku still survey d best place to book tukang urut. If anyone is happen to read this entry, and knows any better about this.. Feel free to drop the details of tukang urut bersalin at my email celakpanda@gmail.com. Btw, am staying at cheras. 
Kalau boleh nak yg tau serba serbi pasal hal perbidanan, urut, mandi baby, masakan semasa pantang.
Thank you...
 
Till then, salam =) 

4 comments:

Anonymous said...

dapat ke cari tukang urut? bole share ngan sy kat ea_ni@yahoo.com.tq!

Nurul Ain Anuar said...

still nak lagi ke? sy ade suggestion.. memang best dia urut. tp area n9 =)

Suziela Ahmaf said...

0126383021 suziela myediakn rawatan slpas bersalin..pnjagaan ibu,bayi dan masakan berpantang.

ara telekong said...

Assalam...saya ade mjual jamu kesihatan khusus utk wanita yg mgalami masalah dalaman dan luaran seperti :

✔masalah keputihan serta berbau
✔vagina longgar dan kurang mencengkam
✔boleh menguruskan badan dan langsing
✔menganjalkan buah dada serta punggung
✔lesu melayan suami
✔letih ditempat keja
✔sakit sendi tulang
✔membuang angin satu badan
✔mencantikkan kulit wajah

kalo berminat pm saya ok.
whatsapp/telegram:0196183747

πŸ†“πŸ†“πŸ†“πŸ†“Postage seluruh malaysia.

Tq

NO GST.