Friday, September 12, 2014

Pengalaman Keluar Masturat 3 Hari

Assalammualaikum w.b.t..

Rasa mcm dah tak reti nak tulis blog macam mane, dah lameeee sgt tak menulis.
Last time cerita pasal prosedur borang kahwin, tu pun sebab ade kawan request.
Tak sangka pulak menjadi rujukan anon2 kat luar sane sampai ade yg inbox kat fb..
hee, terima kasih.. terharu i tau korang baca blog i tau. kiki

Ok la, sebelum aku pegi terus ke tajuk cerita entry ni.,,
aku cume nak bgtau yg aku, dah alhamdulillah selamat bergelar isteri orang pada 26/8/2013 hari tu.. ^^
syukur pada Allah kerana memudahkan urusan walimah kami hari tu.

dan dan dan... emm, aku dah pun ade isi (baby).
Hee tak sangka pulak se express mcm ni.
Rezeki yg tak ternilai Allah bg..
lagi beberapa hari masuklah kandungan yg ke4 bulan =')
Kata orang tua2 bunting pelamin.
Its like.. lepas menikah period skali pastu tak datang2 dah period.
Check UPT after 2 weeks lambat period tengok2 dah positif.. syukur ya Allah.. syukur Alhamdulillah..
semoga kandungan yg aku sedang kandungkan ni membesar dgn sihat dan dipermudahkan proses
bersalin nanti. Tak sabar nak didik anak menjadi khalifah yg bertaqwa nanti..
InshaAllah =')

Orait.. back to the topic.
Maybe some of you yg penah baca blog aku ni penah terbaca entry tentang suami aku yg dah
ikuti prog tabligh ni since beliau kat Universiti lagi.
Masa tu aku orang biasa2 je.. my husband yg aktif ikut.
Keluar 3 hari la, 10 Hari la, 40 hari mahupun 4 bulan.
masa mula2 tau dia join tabligh, aku takdelah suke sgt.. kan sebab masa tu ade cerita2 negatif tentang group ni.. tapi masa tu aku tak faham. Tapi lepas kenal dgn suami..
tengok sikap dia, tutur bicara dia, solat dia, hati dia.. aku rasa tertarik..
dan aku yakin, asbab dia kerap keluar ni lah yg melembutkan dia.
So dari situ aku respect tahap bangunan kat jemaah ni.
Respect bertalu-talu la. Aku sokong everytime dia nak buat usaha ni..
masa nak kawen dgn aku dulu, dia ade pesan.. lepas kawen jangan harap aku boleh pakai baju ketat2 lagi,
seluar jeans, tudung pendek etc.. haha, aku kata ok je.
Aku pun tak expect nak ikut satu2, just nak sedapkan hati dia je time tu.. hihi..
Tapi lepas dah kawen ni,
honestly.. perasaan tu berubah sendiri.. sampaikan bile nak pakai jeans ke,. baju lengan pendek ke..
akan berasa bersalah kat suami. Sebab tanak dia kena seksa teruk kat kubur nanti..
maka aku pun turuti kemahuannye..
cume belum betul2 tutup litup labuh tu. Keinginan tu dah lameee ade, lagi2 suami banyak kali utarakan hasrat dia nak tengok aku pakai tudung labuh mcm kat sekolah dulu.
Aku mintak masa, inshaAllah nanti aku akan pakai camtu gak.. doa doa dan terus doa. Ok? =)

Minggu lepas yg bertarikh 19-21hb Oktober..
aku keluar masturat bersama suami & pasangan lain, dalam satu bentuk jemaah.



*** entry ni ditulis tahun lepas.. tahun 2014 ni baru publish, sorry cerita tergantung. kena tunggu keluar masturat lagi sekali kot baru dpt sambung balik kisah entry ni.. hehe... what a memory =)